|

Sekapur Sireh
Rawatan Kesihatan & Kecantikan secara tradisional telah lama diamalkan oleh masyarakat Asia khususnya masyarakat Melayu. Urut (pijat) telah diamalkan turun temurun dari generasi kegenerasi kerana terbukti berkesan meredakan kesakitan dan ketegangan otot badan. Manakala rawatan kecantikan secara tradisional seperti berlulur (scrub) menggunakan wap air, mandi rempah, mandi bunga sebenarnya adalah budaya masyarakat kita.
Siapa sangka ritual budaya masyarakat kita itu sekarang telah sinonim dengan aktiviti perniagaan yang dikenali sebagai ”SPA”. (Solus Per Aqua) Dari sudut etimologi, ”SPA” bermakna penyembuhan dengan air. Dalam perkembangannya ”SPA” telah dikenali sebagai pusat rawatan untuk relaksasi menerusi rawatan urut (pijat), scrub, mandi susu, bunga, rempah, dll.
Istilah ”SPA” telah dipatenkan diBulgaria dan Denmark, dimana pada masa akan datang aktiviti perniagaan mungkin tidak boleh lagi menggunakan istilah ”SPA”.
Berdasarkan kesedaran bahawa amalan ”SPA” adalah budaya kita, kami dengan yakin memakai jenama ”Kecantikan & Rawatan Tradisional Alamia”. Perkhidmatan urut, lulur, mandi rempah, bekam darah adalah amalan nenek moyang bangsa kita yang masa kini telah menjadi keperluan untuk merelaksasi diri masyarakat sekarang ini, terutamanya dikawasan bandar-bandar. Kami juga berpijak dibumi nyata dengan menggunakan 100% bahan-bahan rawatan keluaran usahawan tempatan. Alamia Spa mengguna kaedah urutan tradisional Melayu & Urutan Swedis. Cara ini dapat melegakan, memulihkan, melancarkan pengaliran darah dalam tubuh, meredakan tekanan & kesakitan. Urutan juga mampu mengurangkan kandungan toksin dalam badan. Rasailah kenikmatan sentuhan Alamia Spa. Urutan di Alamiaspa satu keadah yang unik & klasik melengkapi keperluan kesihatan menjadi cergas serta memiliki ketahanan yang mantap.
Matlamat kami memberi perkhidmatan secara professional agar kelihatan sihat, segar, cantik , lebih aktif serta berkeyakinan tinggi
Bisnes ”SPA” adalah amalan warisan bangsa kita yang semestinya diamalkan oleh bangsa kita dan percaya yang ianya boleh pergi jauh dengan galakan kita.
Wassalam
Sari Ibnu Siregar
Pengasas
Kecantikan & Rawatan Tradisional Alamia
>> Read more
|
|
|
 |
RAWATAN FACIAL
Tekanan dalam kehidupan & pekerjaan, umur yang semakin meningkat, rangsangan dari persekitaran seperti pencemaran cahaya matahari & angin, kesemua ini akan mempengaruhi kadar metabolisme kulit dan akan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kulit seperti jerawat, pigmentasi @ kerengsaan wajah, penuaan, kedutan, sensitif dan sebagainya.
Dengan itu penjagaan dan rawatan wajah yang boleh melancarkan proses metabolisme dan mengawal atur perubahan kulit. Ini meningkatkan daya ketahanan kulit dan kembali berseri.
Bayaran Perkhidmatan: RM50.00/jam
RAWATAN RESDUNG
Resdung adalah penyakit yang berpunca dari hama/bakteria @ kuman yang dipanggil demodex. Dalam istilah allergi @ alahan untuk mengurangkan masalah tidak selesa dikawasan hidung. Seperti pada wajah, mengalami gangguan hidung, muka seperti jerawat, bengkak muka & kemerahan mengurangkan bintik-bintik hitam, jeragat, kerap bersin.
Hama resdung memang terdapat pada setiap orang dewasa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia hidup dalam liang roma @ bulu mata & sangat aktif pada waktu malam.
Untuk mengurangkan resdung gunakan corong bekam asap untuik menjadikan wajah lebih cerah & bersih.
Bayaran perkhidmatan: RM65.00/1jam
RAWATAN FACIAL & RESDUNG
Rawatan ini adalah rawatan dua-dalam-satu; gabungan facial & resdung
Bayaran perkhidmatan: RM80.00/sejam 30 minit
>> Read more
BEKAM SUNNAH
Bekam Sunnah adalah bekam yang mengeluarkan darah kotor dan angin dari dalam tubuh yang mana kebanyakan penyakit berasal daripadanya. Sebahagian darah kotor akan dibuang melalui kencing selebihnya masuk kedalam tubuh. Biasanya akan mendap di kapilari menjadi darah kotor. Apabila darah kotor semakin meningkat penyakit-penyakit kronik akan datang. Umumnya penyakit berlaku sebab pengaliran darah tidak lancar dalam badan disebabkan banyaknya darah kotor @ toksik yang menghalang.
Melalui bekam yang disedut & dibuang adalah darah kotor @ toksik yang terperangkap dalam otot @ dibawah kulit @ kapilari. Darah kotor adalah darah yang membeku. Sekiranya membengkak sebahagian orang terutama dikaki dipanggil "varicose". "Varicose" ini berlaku dalam darah mati yang sebahagian sudah tersumbat & darah tidak bergerak sekiranya bentuk kebiruan adalah darah tersebut tiada oksigen.
Umumnya kaedah berbekam adalah melancarkan pengaliran darah dalam tubuh memecah, mengedarkan gumpalan darah kotor yang telah melekat didinding salur darah. Bila salur darah sudah mengeras biasanya susah untuk ditanggalkan. Oleh itu cara terbaik adalah mengeluarkan terus melalui proses bekam.
Apabila toksik dilarutkan dengan ubat ia akan tanggal & bersatu dengan darah ada beberapa kemungkinan boleh berlaku:
- Kalau darah yang menghalang salur darah sudah banyak, ubat tidak akan sampai ketempat tujuan dan toksik tidak akan dapat dibuang
- Kemungkinan toksik yang sudah tertanggal dan menyatu dalam darah akan melekat ditempat lain @ berbalik ketempat asal.
- Apabila buah pinggang bermasalah, toksik tidak akan keluar dan hanya akan berpusing dalam badan.
APABILA DARAH KOTOR TELAH KELUAR DENGAN SEMPURNA DARI TUBUH MAKA KECERGASAN ALIRAN DARAH AKAN MAKSIMUM DALAM BADAN DAN PENYAKIT AKAN BERKURANGAN.
Bayaran Perkhidmatan: RM60.00/jam
>> Read more
Page: 1
|